Showing posts with label Resepi Special. Show all posts
Showing posts with label Resepi Special. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Roti Lapis Daging Berkeju


-------------------------------
Bahan-bahan untuk inti
-------------------------------
300gm daging cincang @ 4 kpg dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih blh tmbh lg..
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
1/2 paket perencah daging black paper maggi
sedikit air
garam n gula
minyak

12kpg roti
3biji telur
200ml susu fresh
8kpg slice cheese
cheddar diparut
* sayur2 ikut suka

-----------------------------
Cara-cara penyediaan
-----------------------------
1. Untuk inti
~Pnskan minyak
~tumis bwg putih mskkan bwg besar n daging... grg hingga daging empuk.
~kemudian masukkan perencah black paper dgn sedikit air... masak sehingga daging msk n kering.
~ketepikan n biar sejuk.

2. Untuk Roti lapis
~Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega
~bancuhkan telur dgn susu sehingga sebati
~celup roti kedalam bancuhan susu td dan susun dlm bekas. buat sehingga penuh bekas utk tingkat yg pertama.
~tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti n ratakan. kemudian susun slice cheese keatas daging.
~tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti lgkh pertama td...
~Ulang proses yg sm... 
~Lastly tabur chesdar parut kat lapisan atas sekali..
~jika ada lebihan telur just siram diatas roti supaya x membazir...
~bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 mnt( sehingga masak)
~kuarkan dari oven sedia utk dihidang..

Selamat Mencuba..

Sharing with luv 
>Engineer Anna surie<

Wednesday, May 1, 2013

Resipi ~ Roti Sardin Rangup

Assalamualaikum...
Kali ni saya nak share ngan u alls resepi Roti Sardin Rangup..
Biasa kita makan roti sardin gulung je kan...yang ni lain..sangat rangup..budak2 memang suka...
Memandangkan rumah saya tak de budak2..suami je lah yang tukang ngap hihihi...

Sesuai disediakan untuk sarapan, minum petang  ataupun supper....


Bahan-bahan :

10 keping roti
1 tin sardin kecil
1 ulas bawang besar - dicincang halus
1 biji telur
sedikit serbuk roti oren 
3 ulas bawang merah - dikisar
1ulas bawang putih - dikisar
4 tangkai cili kering
Sedikit minyak masak

Caranya :

Tumis bahan kisar. 
Masukkan sardin yang telah dihancurkan.
Kacau rata dan masukkan bawang cincang.
Masak hingga garing.
Ambil roti, letakkan sardin ditengah-tengahnya.
Kepitkan dengan acuan karipap - kena beli acuan karipap la ni :P
Celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti.
Goreng!!

So crispy...yummy....

Selamat Mencuba

Saturday, April 27, 2013

Resipi ~ Potato Salad

Assalamualaikum

Happy Weekend....
Nak share resipi yang mudah dibuat dirumah bersama anak2....Happy Time!!!

Aku suka makan salad sebab dressing dia sedap! Selalunya makan green salad je, jarang nak makan potato salad sebab bila pikir je rasa macam kembang tekak. Potato dah lah muak, lepas tu letak mayo, double muak. 

Kawan saya kat ofis dulu suka buat potato salad with egg. Hmm yummy!! 
But recently, I have found an yummy-er & simpler recipe. 
Thanks to myresipi.com hehehe =)


: Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayo
1 sudu besar lemon juice
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang
Serbuk pati ayam & perasa

: Cara-cara :

Potato
Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
Didihkan bersama dengan garam. Tos.

Dressing:
Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. 

Sangat sedap apabila dimakan sejuk. Boleh buat banyak-banyak, simpan dalam fridge. Bila lapar tak perlu drive thru ke mcd, hanya perlu drive thru ke fridge aje haha bajet lawak.

Enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan side dishes dengan black pepper steak, chicken chop etc.

Please la cuba resipi ni, rasa dia sukar digambarkan! Walaupun bahan-bahan dia nampak macam tak serius, tapi rasa dia memang complete. Yang penting dia sedap gila sebab ada rasa tangy sensation from the lemon juice. Resipi yang aku featurekan kat blog ni semua simple (jimat bahan), menjimatkan wang dan menjimatkan masa. Ahaks, berjimat cermat kan amalan yang mulia. Selamat mencuba!


Thank you for reading this entry !

Tuesday, July 24, 2012

KUIH ONDE-ONDE (BUAH MELAKA)



Bahan2nya; 
Tepung pulut satu peket
Tepung beras 1per3 dari tepung pulut
Bahan pewarna sedikit kasi menarik kan (air daun pandan)
Sedikit air kapur (kapur makan ok )
Kelapa muda  yang dah di parut
Jangan lupa gula Melaka atau penulis lebih sinonim dengan nama manisan





Cara2nya;
  • Masukkan tepung pulut dan tepung beras tadi, masukkan juga air kapur dan bahan pewarna. Air kapur bertujuan untuk memberikan  rasa pejal nanti tak der la kenyal sangat.
  • Gaulkan sehingga bahan tadi sebati, jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras takut nanti susah nak bentuk. Sederhana jer.
  • Bila semua dah sebati korang boleh ler bentukkan bulat (agak2 saiz duit 20sen) dan leperkan dia...
  • Lepas tu letakkan gula Melaka yang tela dipotong dadu di tengahnya...bentukkan semula menjadi bulat... 
  • Bila dah siap, panaskan air sehingga mendidih...
  • Masukkan adunan yang telah siap dibentuk kedalam air panas mendidih...tunggu sehingga ia terapung /timbul..
  • Angkat dan toskan sekejap dan golek2kan ia kedalam kelapa yang diparut tadi.

Ok sedia untuk dihidang, mudahkan

Selamat mencuba!!

Thursday, July 19, 2012

AYAM GORENG REMPAH


Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan

5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.