Monday, December 31, 2012

KALENDAR CUTI UMUM 2013





Di sini saya nak berkongsi dengan anda semua kalendar cuti umum untuk tahun 2013. Boleh lah anda buat perancangan untuk tahun depan dengan melihat kalendar cuti umum bagi tahun 2013 seluruh Malaysia yang saya share ini.

Tidak lupa juga untuk adik-adik sudah tentu ingin tahu Cuti Sekolah bagi tahun 2013. Tak gitu? baik mengaku..



KALENDAR CUTI UMUM 2013



HANDBOOK 2013..


















HEALTH: 


* Drink plenty of alkaline water 3-5L/day * Eat breakfast like a King, Lunch like a Prince & Dinner like a Beggar. *Live with the 3E's- Energy, Enthusiasm & Empathy * Make time to pray * Play more games * Read more books than you did in 2012 * Sit in Silence for at least 10minutes each day * Sleep for 7hrs * Take a 30minutes walk dily and while u walk SMILE..





PERSONALITY:


* Don't over do, keep your limits * Don't take yourself so seriously. No one else does * Don't waste your precious energy on gossip * Dream more while u r awake * Envy is a waste of time. You already have all you need * Forget issues of the past. Don't remind your partner with her/his mistakes of the past. That will ruin your present happiness. * Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others. *Make peace with your past so it won't spoil the present. *No one is in charge of happiness except you. *Smile & laugh more. *You don't have to win every argument. Agree to Disagree.





SOCIETY:


*Call your family often. * Each day give something good to others. * Forgive everyone for everything. * Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6. *What other people think of u is none of your business.





LIFE:


*Do the right thing!. *God heals everything. * However good or bad a situation is, it will change. *No matter how you feel, Get up, Dress up & Show up. The Best is yet to come. *When awake in the morning thank God for it. *Your inner most is always happy. So be happy.



LAST BUT NOT LEAST, plss share this to everyone you care, I JUST DID! HAPPY NEW YEAR 2013..

IN SHA ALLAH SEGALA YANG INDAH2 MENANTI KITA HINGGA KE SYURGA JANNAH...

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2013


Assalammualaikum,


Tentu ramai yang tercari-cari takwim persekolahan bagi tahun 2013. 
Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) telah mengeluarkan Takwim Persekolahan bagi tahun 2013. Sobolehlah para ibubapa membuat perancangan bagi tahun 2013.... kalau-kalau nak bercuti ke, buat kenduri kendara ke... semuanya kena rancang awalkan... Jangan lupa, copy paste supaya mudah untuk dirujuk. (Tapi kalau rajin, selalu buka blog aku ni pun boleh.... suka3x)

 


SELAMAT MELAYARI LEMBARAN BARU KEHIDUPAN

Masa terus berdetik, berlalu tanpa menunggu sesiapa. Begitu pantas tahun 2012 melewati kita. Kedatangan tahun baru 2013 kita sambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana dipinjamkan sedetik lebih umur. Tahun 2012 pula kita lepaskan pergi dengan seribu pengajaran. Setiap peristiwa - manis dan indah, masam dan pahit - yang dilalui biarlah menjadi peringatan dan amaran. 

Sejarah-sejarah yang berlalu akan kekal sebagai cerminan terhadap perilaku dan landasan yang dilalui oleh setiap manusia. Ianya tidak mampu diubah mahupun dilenyapkan daripada memori perjalanan kehidupan manusia. Cerminan inilah yang mewajahkan bentuk tubuh manusia sama ada buruk mahupun baik. Sejarah kehidupan lalu tidak boleh dibiarkan terus berlalu tanpa memuhasabah dan memperbaiki diri sepanjang setahun perjalanan.

Mereka tidak mengetahui bahawa manusia yang sangat rugi adalah mereka yang tidak mampu untuk mengambil pelajaran daripada masa lalu untuk melakukan perubahan dan memperbaiki diri. Begitu juga, kegagalan meletakkan sejarah sebagai cerminan akan memberi kesan di mana berkemungkinan mereka pasti mengulangi kesilapan dan kekurangan yang telah dilakukannya setahun yang lalu.

Ayuh kita bersama jadikan lembaran baru menjelang tiba ini sebagai medan mencetus perubahan. Sesungguhnya kita adalah umat yang sentiasa berada pada paras kecemerlangan dan kehebatan yang tertinggi!

Beberapa perkara penting yang boleh kita manafaatkan bersama adalah seperti berikut:
1. Memperbaharui niat dan azam.
2. Menghayati isi kandungan al-Quran dan Al-Sunnah.
3. Berubah daripada keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik.
4. Mempertingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan.
5. Memuhasabah dan memperbaiki sejarah kehidupan lalu.

Kesimpulannya, bukanlah tahun baru itu menjadi persoalan, namun persoalannya apakah persediaan kita untuk menjadi masyarakat dan umat yang benar-benar bergerak dan beramal selaras dengan kehendak dan tuntutan-tuntutan Agama dan sejauh manakah kita memperbaiki dan memuhasabah segala amal perbuatan yang kita telah lakukan. Jawapan terhadap persoalan itu terletak pada jiwa dan hati anda.

BUKTIKAN kita mampu menjayakan diri kita sendiri dan juga membantu menjayakan rakan-rakan sekeliling kita!


Sunday, December 30, 2012

Happy Monday!!!!

Alhamdulillah Isnin lagi... Happy Monday...;) 

Minggu baru bermula pad hari terakhir tahun 2012..
Dengan izin Allah, 
Mulakan pagi yang indah ini dengan SENYUMAN & PENUH RASA SYUKUR!! TQ ALLAH...

Jom fokuskan apa yang kita mahu terjadi pada minggu ini , pastinya yang baik-baik sahaja kannn..fokus juga apa yang kita mahukan untuk tahun baru 2013 yang akan tiba esok hari..dengan menulis di atas kertas apa yang kita mahukan dan visualize kan..

Lebih baik jika merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti diri sendiri, keluarga, masyarakat, bisnes dan harta (kewangan).... Balanced life...
Ingat.."The Power of Giving"...the more u give the more u get...
Ini yg saya buat...;) Nak tiru pun boleh...;)

Tingkat ibadah/doa..azam/impian..usaha/tindakan dan juga rasa syukur!!! Berani bermimpi..beranilah bertindak...Tanpa keberanian,mimpi tidak akan jadi kenyataan...

FOCUS!! What u focus on, expandddd!!! Ya Allah, permudahkanlah Izinkan dan aturkanlah apa yang kami impikan ini menjadi kenyataan.. Segalanya mudah bagi-Mu...Tq Allah..

Monday, December 24, 2012

APAKAH IMPIAN TERULUNG ANDA?


Photo: APAKAH IMPIAN TERULUNG ANDA?  Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam kehidupan ini?”.  Cuba anda pejamkan mata anda sebentar, tarik nafas dalam-dalam.. dan kemudian, tanya diri anda di dalam hati.. “APAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA ANDA MAHU DI DALAM HIDUP INI?”.  Kebanyakkan orang mempunyai impian hidup yang kabur. Mereka sebenarnya, tidak pasti dengan apa yang mereka mahukan di dalam hidup ini. Mereka ingin hidup bahagia.. tetapi bagaimanakah rupa kebahagiaan itu?  Adakah dengan memiliki rumah yang besar?Adakah dengan memiliki isteri yang cantik?Adakah dengan memiliki suami yang penyanyang?Adakah dengan memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?Adakah dengan memiliki wang berjuta-juta?  Bagaimanakah kebahagian hidup yang anda inginkan? Anda perlu gambarkan ia dengan jelas di dalam minda anda! Barulah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.  Hidup ini adalah seperti suatu perjalanan, anda perlu tahu dengan lengkap alamat destinasi yang ingin anda tujui, barulah anda boleh menuju kepadanya dan tiba kepadanya. Jika tiada alamat dan destinasi, bagaimana anda ingin menuju kepadanya?  Setiap orang mempunyai matlamat, impian serta destinasi yang berbeza-beza. Apa yang penting, anda perlu tahu dengan jelas.. apakah impian hidup anda. Tanpa impian hidup yang jelas, anda hanya akan terapung-apung tanpa arah dan hanya mengikuti arus kehidupan, dan ianya, adalah suatu kehidupan yang sia-sia.  Sekali lagi.. tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan teliti.. “APAKAH YANG ANDA MAHU DI DALAM KEHIDUPAN INI?”.  Soalan ini nampak seperti mudah.. tetapi ia sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, ia memerlukan pemikiran yang amat mendalam dan hati yang ikhlas kepada diri anda sendiri untuk menjawapnya…usah menipu diri anda sendiri tentang apa yang anda mahukan sebenar-benarnya di dalam hidup ini. Jawaplah dengan ikhlas…InsyAllah , ianya akan membawa satu semangat baru di dalam hidup anda.  Bagi yang mahu nampak soleh & solehah, mungkin mereka akan menjawap, “Saya hanya mahukan ganjaran syurga Allah di akhirat kelak!”. Ya! itu sudah semestinya! Ianya adalah impian hidup setiap orang Islam, tetapi.. mengapa perlu hadkan impian hidup kita kepada 1 impian sahaja?   Jadi mulai sekarang penuhkan minda anda dengan impian dan matlamat anda.  Kredit-Datuk Dr Maznah Ahmad  Sempena sambutan Krismas pada hari ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan MERRY CHRISTMAS kepada rakan2 FB yang berugama kristian. Teruskan memburu impian dan tambahkan ‘wish list’ anda!


Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam kehidupan ini?”.

Cuba anda pejamkan mata anda sebentar, tarik nafas dalam-dalam.. dan kemudian, tanya diri anda di dalam hati.. “APAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA ANDA MAHU DI DALAM HIDUP INI?”.

Kebanyakkan orang mempunyai impian hidup yang kabur. Mereka sebenarnya, tidak pasti dengan apa yang mereka mahukan di dalam hidup ini. Mereka ingin hidup bahagia.. tetapi bagaimanakah rupa kebahagiaan itu?

Adakah dengan memiliki rumah yang besar?Adakah dengan memiliki isteri yang cantik?Adakah dengan memiliki suami yang penyanyang?Adakah dengan memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?Adakah dengan memiliki wang berjuta-juta?

Bagaimanakah kebahagian hidup yang anda inginkan? Anda perlu gambarkan ia dengan jelas di dalam minda anda! Barulah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.

Hidup ini adalah seperti suatu perjalanan, anda perlu tahu dengan lengkap alamat destinasi yang ingin anda tujui, barulah anda boleh menuju kepadanya dan tiba kepadanya. Jika tiada alamat dan destinasi, bagaimana anda ingin menuju kepadanya?

Setiap orang mempunyai matlamat, impian serta destinasi yang berbeza-beza. Apa yang penting, anda perlu tahu dengan jelas.. apakah impian hidup anda. Tanpa impian hidup yang jelas, anda hanya akan terapung-apung tanpa arah dan hanya mengikuti arus kehidupan, dan ianya, adalah suatu kehidupan yang sia-sia.

Sekali lagi.. tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan teliti.. “APAKAH YANG ANDA MAHU DI DALAM KEHIDUPAN INI?”.

Soalan ini nampak seperti mudah.. tetapi ia sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, ia memerlukan pemikiran yang amat mendalam dan hati yang ikhlas kepada diri anda sendiri untuk menjawapnya…usah menipu diri anda sendiri tentang apa yang anda mahukan sebenar-benarnya di dalam hidup ini. Jawaplah dengan ikhlas…InsyAllah , ianya akan membawa satu semangat baru di dalam hidup anda.

Bagi yang mahu nampak soleh & solehah, mungkin mereka akan menjawap, “Saya hanya mahukan ganjaran syurga Allah di akhirat kelak!”. Ya! itu sudah semestinya! Ianya adalah impian hidup setiap orang Islam, tetapi.. mengapa perlu hadkan impian hidup kita kepada 1 impian sahaja?

Jadi mulai sekarang penuhkan minda anda dengan impian dan matlamat anda.

Kredit-Datuk Dr Maznah Ahmad

Sempena sambutan Krismas pada hari ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan MERRY CHRISTMAS kepada rakan2 FB yang berugama kristian. Teruskan memburu impian dan tambahkan ‘wish list’ anda!

Peluang bisnes kecantikan & kesihatan secara online....


Assalamualaikum, Saya menjemput rakan-rakan FB untuk menyertai peluang bisnes kecantikan & kesihatan secara online.

a) Produk : Superbrand dan mempunyai testimoni dari ribuan pengguna. Peluang baik untuk anda melakukan 'transformasi wajah dan kulit yang lebih cerah, gebu dan berseri dalam masa 7 hari sahaja' (3 hari sudah nampak perubahan).

b) Gerak kerja : hanya perlukan komitmen dari anda untuk online facebook 30minit hingga 2 jam sahaja setiap hari. (jalankan secara online je!)

c) Potensi Pendapatan : bagi yang baru bermula, sale sehingga RM10,000 seminggu! Pendapatan Tiada had, anda tentukan sendiri RM2000~RM5000 sebulan, insentif pengenalan, hadiah atas jualan, promosi melancong, dll.

d) Bantuan : Coaching percuma, bimbingan dari komuniti usahawan2 internet, bimbingan dari pakar2 kesihatan & kecantikan yang juga terdiri dari doktor2. Para Mentor anda adalah mereka yang telah mengenggam sale ratusan ribu- jutaan RM/sebulan

e) Modal : Serendah RM50. YA CUMA RM50 SAHAJA utk 'on' kan sistem!! Anda akan di 'coach' tentang perniagaan internet/online marketing dan mempraktikkan ilmu permasaran Internet yang diajar untuk MENJANA PENDAPATAN dengan pantas!!

p/s: Terbuka untuk sesiapa sahaja samada yang sudah mempunyai perniagaan online sendiri atau belum. Saya hanya buka kuota untuk 10 orang sahaja untuk sesi coaching kerana terhad dan untuk tempoh tertentu sahaja. berminat sila PM atau komen segera. TQ

Fast Action Fast Result!!!!

PM/Call/SMS/WhatsApp saya atau hubungi Anna Surie 0167966598 ♥

Sunday, December 23, 2012

Happy Monday...;)

Alhamdulillah Isnin lagi. Happy Monday...;) 

Minggu baru bermula...
Dengan izin Allah, 
Mulakan pagi yang indah ini dengan SENYUMAN & PENUH RASA SYUKUR!! TQ ALLAH...

Jom fokuskan apa yang kita mahu terjadi pada minggu ini, pastinya yang baik-baik sahaja kannn, dengan menulis di atas kertas apa yang kita mahukan. Pastinya kita hanya menulis jika kita rasa ia betul2 penting dan serious, mcm kita ambil nota masa belajar. Kita tulis sbb kita rasa penting.

Lebih baik jika merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti diri sendiri, keluarga, masyarakat, bisnes dan harta (kewangan). Balanced life. Ini yg saya buat...;) Nak tiru pun boleh...;)

FOCUS!! What u focus on, expandddd!!! Ya Allah, permudahkanlah urusan kami minggu ini. Segalanya mudah bagi-Mu...Tq Allah..

RENUNGAN DI AWAL MINGGU


2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat dan 2 lagi yang kita mesti lupakan sepanjang kehidupan kita.

• 2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat kita ialah baik orang kepada kita. Satu lagi ialah jahat kita kepada orang. Mengingati baik orang kepada kita itu merangkumi sifat berterima kasih dan sifat syukur. Mengingati jahat kita kepada orang lain sepanjang hayat kita ialah untuk membina sifat taubat dan menyesal di atas tindakan jahat kita kepada manusia lain.

• 2 perkara yang kita mesti lupakan sepanjang hayat kita ialah baik kita kepada orang lain dan jahat orang kepada kita. Melupakan baik kita kepada orang lain merupakan sifat ikhlas dan jujur yang dituntut oleh Tuhan kerana jika kita ikhlas dan jujur segala perbuatan kita itu tidak minta diingati mahupun minta dibalas. Ianya semata-mata kerana keredhaan kita sebagai makhluk Tuhan yang dikatakan sebagai secantik-cantik kejadian. Melupakan jahat orang kepada kita ialah untuk membina sifat pemaaf atas kesalahan manusia lain terhadap kita.

Dalam konteks ini maka kita lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin boleh bertafakkur walaupun sejenak untuk meletakkan kita di mana yang sepatutnya diletakkan.

Kredit : Datuk Dr Maznah Hamid
Photo: RENUNGAN DI AWAL MINGGU  2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat dan 2 lagi yang kita mesti lupakan sepanjang kehidupan kita.  • 2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat kita ialah baik orang kepada kita. Satu lagi ialah jahat kita kepada orang. Mengingati baik orang kepada kita itu merangkumi sifat berterima kasih dan sifat syukur. Mengingati jahat kita kepada orang lain sepanjang hayat kita ialah untuk membina sifat taubat dan menyesal di atas tindakan jahat kita kepada manusia lain.   • 2 perkara yang kita mesti lupakan sepanjang hayat kita ialah baik kita kepada orang lain dan jahat orang kepada kita. Melupakan baik kita kepada orang lain merupakan sifat ikhlas dan jujur yang dituntut oleh Tuhan kerana jika kita ikhlas dan jujur segala perbuatan kita itu tidak minta diingati mahupun minta dibalas. Ianya semata-mata kerana keredhaan kita sebagai makhluk Tuhan yang dikatakan sebagai secantik-cantik kejadian. Melupakan jahat orang kepada kita ialah untuk membina sifat pemaaf atas kesalahan manusia lain terhadap kita.  Dalam konteks ini maka kita lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin boleh bertafakkur walaupun sejenak untuk meletakkan kita di mana yang sepatutnya diletakkan.   Kredit : Datuk Dr Maznah Hamid

Thursday, December 20, 2012

Rahsia Hari Jumaat




Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Monday, December 17, 2012

MENGAPA SETIAP SEORANG RAKYAT MALAYSIA WAJIB MENGHADIRI SEMINAR MINDA MAGNET REZEKI(MMR)


SEMINAR MINDA MAGNET REZEKI (MMR)

Inilah platform terbaik untuk kita semua menyediakan diri untuk tahun 2013…dah bertahun2 kita berjaya bertahan..

Bertahan dan ‘survive’ menghadapi hidup yg ‘kelam –kabut’…

PENDAPATAN…umpama kais sebulan mkn sebulan…ada juga kais sebulan mkn seminggu…
HUTANG…tidur tak lena memikirkan keadaan kewangan yg mmg menyesakkan dada… 

FAMILI…sy percaya…bila masalah kewangan berlaku…suami dan isteri sering bermasam muka kerana sama2 tak dapat beri yg terbaik untuk keluarga…ada juga yg setuju bila bercinta indah namun setelah berkahwin…segalanya berubah…cinta yg spatutnya mekar namun semakin pudar…

Resah dan gelisah….hati tak tenang hidup tak gembira dan ada kalanya rasa dah tak mahu hidup lagi…

Inilah keadaan ‘kelam –kabut’ yg sy maksudkan..kenapa sesiapa yg baca statement di atas…rasa seperti ‘sebak’ dan terdetik dlm hati..”ya, mmg betul..” kerana yg sy tulis di atas…smuanya yg sy dah lalu….hinggalah saya mengenali ilmu dan mengamalkan teknik2 yg diberi dlm MMR. 


Sebenarnya The Secret yg sblum ini ramai org tak tahu ialah….fungsi MINDA kita!!!! Kita tak gunakan ‘kepala hotak’ kita dgn cara yg betul..
APA YG JADI??? KITA TARIK SEMUA BENDA YG KITA TAK NAK. 

Kenapa jdi mcm ni...SEBAB kita takde ILMU supaya boleh MANIPULATE MINDA kita dan jadikan MINDA sebagai MAGNET menarik apa yg kita NAK

.

DUIT BOCOR dan IRI HATI…..bila dpt bonus…kereta rosak…bila ada duit lebih…org dtg jumpa nak pinjam…bila bg pinjam…org x bayar..bila melabur…cmfirm rugi..bila buka kdai…org lain hantar ‘benda’…bila naik pangkat…ramai yg dengki…
Ini juga keadaan di mana kita yg ‘baik2’ ni selalu jadi mangsa….


TAPI INI SEMUA KITA AKAN TAMATKAN(DGN IZIN ALLAH) PADA TAHUN INI…2013….KITA MULAKAN HIDUP BARU

SENYUM SELALU…KETIKA BAYAR HUTANG, KETIKA DPT REZEKI, KETIKA BERSAMA FAMILY, SUAMI ISTERI LOVING2 UMPAMA SEDANG HANGAT BERCINTA DAN SETIAP HARI TENANG DAN HAPPY….KITA TUKAR MINDA MENJADI MAGNET YG MENARIK REZEKI…5K(KESIHATAN,KEJAYAAN,KEBAHAGIAAN,KEKAYAAN DAN KEBERKATAN)



SIRI TERAKHIR MMR 2012 ialah PADA 
22/12/12 (SABTU) di Pusat Rawatan Impian, KAJANG.
SIAPA YG WAJIB HADIR!!!! YG NAK BERUBAH DAN MENINGGALKAN HIDUP ‘KELAM-KABUT’ SEPERTI DI ATAS.
(DICADANGKAN HADIR SUAMI ISTERI ATAU BEKAS SUAMI/ISTERI UNTUK YG TELAH BERKAHWIN/BERCERAI)



*Untuk yang berminat join konsultan, ini adalah detik terakhir untuk free 2 tiket..lepas ni dapat satu je free..pasangan kena bayar..jgn lepaskan peluang..jom join kami jadi KONSULTAN STG sekarangggg!!!!


PENDAFTARAN: SEGERA SELAGI ADA KEKOSONGAN
HARGA: SANGAT MURAH DAN BERBALOI (sesuai untuk yg tak mampu untuk keluarkan modal besar ke seminar yg dianjurkan oleh motivator terkenal)

CONTACT 016796658

Sunday, October 28, 2012

INGIN BEBAS DARI MASALAH YG BELENGGU HIDUP ANDA??

by Mentor CDM Hajah St. Atkah (Mentor Kebanggaan STG)


Saya menulis dari hati saya... kengkawan bacalah sampai habis
9 tahun saya berada dlm biz bersama SMART TYCOON.. masa yg agak panjang..soalan yg banyak datang kepada saya bagaimana boleh sampai ke tahap ini?.. U pencen awal dari pensyarah? mesti ada sambungan ayat lepas tu... sayang nye!!! Jawapan saya kpd soalan2 yg bermain dlm minda anda..saya betul2 menggunakan kekuatan minda separa sedar saya menarik apa sahaja yg saya nak kedlm hidup saya...dengan 100% menyerah setelah berusaha dan berdoa kepada yg maha pengasih dan maha pemberi yang ESA dan yg maha KAYA... macamana? ye ke boleh?? Mana saya dapat ilmu ni..bagaimana saya boleh mula?..pensyarah fizik boleh ke cerita pasal ni? jangan percaya cakap saya... belajar dan amal...Ya Allah indahnya hidup BERTUHAN!! apa sahaja yg anda inginkan Dia sentiasa mendengar dan bersedia untuk berikan pada anda!!! syarat minta!! but how? nak mintak biasa2 ke luar biasa? pilihan ditangan anda... Saya bermula dgn diuji ALLAH swt..dalam proses membesarkan ank2 remaja ..Allah uji saya..mmg kita tak pernah lepas dari diuji..itulah hidup sebagai hamba...ketika itu air mata saya tak kira dimana... meleleh.. rasa tiada tempat mengadu.. waktu my hubby said a sentence to me.. u lost yr self..80% gone..it's a small matter.. saya pandang dia..rasa nak marahpun ada... dia macam tak paham.. saya rasa ketika itu hidup saya tiada makna.. duit masa tu banyakpun tak guna.. salahkan diri..menyesal... rasa saya nak duduk atas sejadah 24 jam.. tidur tak lena makanpun tak boleh... badan kurus.. semangat all gone..anak2 dah lali dgn tangisan saya!! Dlm keadaan saya tertekan kwn baik saya ketika itu offer utk kekelas bagaimana mengawal emosi..oleh Dr Muhd Jantan (oo..dah lama tak col dr esok pg kena col.. just to say helo and report i'm happy now-dr mentor yg paling saya sayang... mcm ayah bila ada masalah mengadu pasti jap je selesai) saya mula faham bagaimana kuatnya pengaruh kuasa minda yg kita ada dalam hidup...

RUPA2NYA.. BILA BERILMU..BARU SAYA FAHAM..APA YG JADI PD SAYA DAH ADA DLM FIKIRAN SAYA LONG TIME AGO.. THATS WHY ADA AYAT KATA.. YOU ARE WHAT U THINK!!! Saya terus meneroka ilmu ALLAH yg sangat hebat ini..dgn mentor2 yg HEBAT spt Dr Azizan Osman(mentor yg akak kagum ..BEST).. D.R Kasmah Misran..dan Dr Azhar Sarip (persijilan antarabangsa) Alhamdulilah..masalah yg saya lalu berlalu dan anak2 sangat berubah dgn izinnya..TERIMA KASIH YA ALLAH..TAHUN 2011 adalah tahun yg paling bahagia untuk saya dan anak2..terima kasih ya ALLAH (menitik airmata saya ni) Dr segi akademik dan jadi hambaNya yg soleh.. alhamdulillah... JANGAN BIARKAN KITA DAN KELUARGA KITA DIBELENGGU MASALAH (TERMASUK MASALAH YG SANGAT BERI KITA KERIBUTAN..APALAGI KALAU TIDAK - DUIT!!!) Di dalam seminar sehari Minda Magnet Rezeki (MMR) insyaAllah mentor anda akan di dedahkan antaranya dgn : 1. Bagaimana menggunakan kuasa minda menarik apa saja yg kita hendak!! suami yg penyanyang?? anak2 yg dengar cakap? anak2 yg melawan dan merempit berubah? anak2 yg ada masalah dlm akademik? masalah duit kering?..dan lain2..biz tak maju?...semua orang ada potensi diri luarbiasa..jom explore..dgn izinNYA 2.bagaimana membesarkan poket minda menarik kekayaan dan kejayaan dtg cepat kepada kita.. 3.Bagaimana cara berdoa yg tepat dan pada masa yg tepat..supaya apa yg kita mintak cepat dtg berlari mengejar kita..contoh org islam digalakkan bangun dan berdoa disepertiga malam..kata dr muhd jantan "atikah Allah tunggu u mintak.. hijab terbuka ketika sepertiga malam..submittlah apa sahaja ALLAH akan terima...YAllah indahnya mendapat layanan istimewa dr NYA apabila doa kita cepat dimakbulakn...jom belajar caranya!!! 4.Kenal pasti getaran halangan yg selama ni anda hadap... buat apapun tak jadi..pangkat tak naik2!! income banyak simpanan tak dak!! anda kebocoran wang!!! belajar ada cara dan ilmu supaya duit mellekat pada kita.. ORG lain ..BANGSA lain..Yg BERAGAMA lain dah lama master the knowledge...jom dah sampai masa kita pulakk...KATA DR MUHD JANTAN..IT WILL NEVER BE TO LATE FOR US... EVERYDAY IS A NEW DAY FOR US!!! KATA DR AZIZAN OSMAN: SEMUA KITA NAK BERJAYA SERTA MERTA..KEJAYAAN ANDA BERGANTUNG KPD APA YG ANDA BUAT SELEPAS INI.. SEKIAN SITI ATKAH ABDUL HAMID SMART TYCOON





Wednesday, October 3, 2012

Alhamdulillah Syukur...Mudahnya Bisnes ni...


 Beginilah keadaannya tiap-tiap hari di stokis Taman Skudai Indah.... sampai habis kotak2 dibuat pembalut... Biz online memang sangat besar potensi dan tidak memerlukan modal yang besar...anda hanya perlu guna produk yang memang sangat bagus dan berkesan...seterusnya hanya sharing samada online (facebook, blog, twitter) atau offline (face to face)...

Tiap2 hari lori kurier Skynet akan pick up barang pada pukul 1++ptg... dan yang order selepas itu terpaksalah kami buat sendiri penghantaran ke Pejabat Skynet... biasanya Bimmer Cdm Cikgu Hafiz la yang jadi mangsa...hahaha...sebab dia kata dia Super kan... kasikkk.... kalau tak muat juga,  naik Mercy Mentor Arifin pulak (ekslusif sungguh!!..:):)).... takpe rezeki kan.... insyaAllah kita mudahkan sahabat-sahabat customer dapat barang cepat dan dapat manfaat cepat...Allah mudahkan dan limpahkan kita pula dengan rezeki... Aminn...






Berminat untuk menjadi pengedar/agen/konsultan secara part time bersama-sama A very big happy family Smart Tycoon, jom segera hubungi saya :

Untuk maklumat lanjut sila SMS / call saya di  016-7966598
@
 PM di facebook: Anna Surie
@
<<<KLIK DI SINI>>>

Sunday, August 5, 2012

MENTOR KESAYANGANKU

Inilah dua wanita hebat yang menjadi idolaku...
Dua insan berhati murni ini telah berjaya merubah diriku 360 darjah..
Dari biasa menjadi luar biasa...

(Gambar x brapa bagus coz ambik pakai hp biasa je)

Terima kAsih Ya Allah kerana telah menemukanku dengan biz dan mentor yang hebat ...Smart Tycoon Group memang BESTTTT.....♥ ♥ ♥

Tuesday, July 24, 2012

KUIH ONDE-ONDE (BUAH MELAKA)



Bahan2nya; 
Tepung pulut satu peket
Tepung beras 1per3 dari tepung pulut
Bahan pewarna sedikit kasi menarik kan (air daun pandan)
Sedikit air kapur (kapur makan ok )
Kelapa muda  yang dah di parut
Jangan lupa gula Melaka atau penulis lebih sinonim dengan nama manisan





Cara2nya;
  • Masukkan tepung pulut dan tepung beras tadi, masukkan juga air kapur dan bahan pewarna. Air kapur bertujuan untuk memberikan  rasa pejal nanti tak der la kenyal sangat.
  • Gaulkan sehingga bahan tadi sebati, jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras takut nanti susah nak bentuk. Sederhana jer.
  • Bila semua dah sebati korang boleh ler bentukkan bulat (agak2 saiz duit 20sen) dan leperkan dia...
  • Lepas tu letakkan gula Melaka yang tela dipotong dadu di tengahnya...bentukkan semula menjadi bulat... 
  • Bila dah siap, panaskan air sehingga mendidih...
  • Masukkan adunan yang telah siap dibentuk kedalam air panas mendidih...tunggu sehingga ia terapung /timbul..
  • Angkat dan toskan sekejap dan golek2kan ia kedalam kelapa yang diparut tadi.

Ok sedia untuk dihidang, mudahkan

Selamat mencuba!!

AKAL!! DIA "RAJA" ATAU KITA "RAJA"???



Akal kita terpaksa "menerima" apa yang dikatakan oleh orang sekeliling kita TANPA FILTER sejak kecil lagi. Bila setiap hari kita dengar perkara yang sama, ia mencapai satu "kepercayaan" kepada akal kita untuk "menasihati" kita bertindak mengikut arahan. Masalahnya ialah lebih 80% apa yang akal nasihatkan adalah berbaur negatif melainkan kita dah "sekolahkan" dia, mendisiplinkan dia dan menguasainya. Jika kita tidak menguasainya, maka ia akan cuba untuk menjadi "Raja"kita ada atau tiada hari ini adalah mengikut tindakan kita yang diarahkan oleh akal kita! 

Akal yang menipu ialah bila ia mengikut telunjuk hawa nafsu yang tidak dikuasai atau diuruskan dengan baik serta HATI yang sepatutnya menjadi "pemerintah" pula telah lama "mati" atau tidak berfungsi dengan sebenar. 
Hidup anda banyak +ve atau -ve? Samada +ve atau -ve, kita akan nampak hasilnya bukan sahaja pada hidup kita tp juga pada kebahagiaan & ketenangan hidup kita dan tahap kewangan kita. Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah terserlah mengikut apa yang diarahkan oleh samada Akal/Nafsu atau Hati yang bersih. Mudah-mudahan hati-hati kita sentiasa merujuk dan memohon pimpinanNya!
 Amin! -DAO


Thursday, July 19, 2012

AYAM GORENG REMPAH


Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan

5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Thursday, July 5, 2012

Tuesday, July 3, 2012

Minda Magnet Rezeki


Salam Ceria....Perkongsian Cikgu Apit malam td di Smart Group Coaching mengenai The Secret sgt BessTTT dan TouChiNggg!!!

Betulkan NIAT... biar  jelas dan selari dengan MINDA dan juga TINDAKAN coz minda kita adalah magnet yang akan menarik apa yang kita fikir...Apa yang kita fikir itu yang akan jadi....Mulai hari ini kawal lah pemikiran kita kearah yang positif2 sahaja supaya otak kita menjadi magnet kebahagiaan,kesihatan,kekayaan,kejayaan dan juga keberkatan....

Lagi satu...KEEP SHARING...
the more u give the more u get....
Allah telah menjanjikan setiap 1 kebaikan akan di balas dengan 10 kebaikan....So, kita kenalah selalu berbuat baik dan berkongi kebaikan dengan orang lain supaya lebih banyak kebaikan datang kepada kita....

Ramai yang tidak tahu mengenai hukum tarikan (low of Attraction) ini.
Semua ini di ajar dalam Seminar Minda Magnet Rezeki (MMR) yang dibuat oleh mentor2 hebat Smart Tycoon Group...
Kalau di Smart Tycoon Group, mereka yang buat Pakej Istimewa boleh dapatkan 2 tiket seminar ini secara PERCUMA , yang telah menjadi konsultant untuk re-charge rm45 shj...Tapi bagi umum ,selepas diskaun...hanya RM699 seorang........ 

Jom bersama kami SEMINAR MINDA MAGNET REZEKI (MMR) DI PUSAT RAWATAN IMPIAN KAJANG,7 JULAI 8.30 PG..Untuk keterangan lanjut pm @ sms 0167966598..

HUKUM TARIKAN (LAW of ATTRACTION)


Ramai yang tidak tahu pasal Hukum Tarikan? Apakah Hukum Tarikan ni? Tarik apa? Itulah persoalan yang ada dalam minda seseorang yang tidak faham tentangnya. Hukum ini lebih dikenali sebagai Law of Attraction.

Para saintis telah membuktikan kewujudan hukum ini secara saintifik. Dan ia telah dihebahkan oleh Rhonda Byrne dalam buku dan movie ‘The Secret’ ke seluruh dunia. Rahsia hukum tarikan ini telah dibongkarkan kepada umum. Namun masih ramai lagi yang tidak tahu mengenainya dan mungkin tidak mahu ambil tahu kerana tiada kepentingan atau mungkin ianya dianggap karut. Pada hakikatnya, ia benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian kita, tidak kira di mana anda berada di atas muka bumi ini.

Hukum tarikan adalah salah satu daripada hukum alam yang sentiasa bertindak setiap masa seperti hukum graviti. Kita tidak perlu tahu dengan terperinci tentang hukum graviti di mana semua benda mempunyai berat dan ditarik ke arah pusat bumi. Begitu juga dengan hukum tarikan di mana ia bertindak hasil daripada pemikiran dan emosi/perasaan manusia. Walau apa pun, semuanya berlaku atas keizinan yang Maha Esa.

Dalam Islam, sesiapa yang berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan manakala sesiapa yang berbuat jahat, akan dibalas dengan kejahatan. Ini menunjukkan bahawa hukum tarikan bertepatan dengan ajaran Islam. Ia dapat dijelaskan lagi seperti yang termaktub di dalam Al-Quran;

“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.” –(Surah az-Zalzalah ayat 7-8)

Ayat di atas menambah keyakinan kita yang hukum tarikan wujud sejak Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Hayatilah ayat ini… kebaikan dibalas dengan kebaikan; kejahatan dibalas dengan kejahatan. Allah mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif (kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang di sekeliling kita. Akibatnya, orang di sekeliling kita ataupun alam semesta memberi pula kebaikannya kepada kita.

Allah sentiasa menggalakkan kita supaya berlumba-lumba menabur kebaikan. Allah melarang kita berbuat kekasaran dan kerosakan. Malah, kita juga perlu bersikap baik kepada orang yang berbuat jahat. Dalam setiap detik kehidupan, kita disuruh memancarkan cahaya kebaikan dan getaran kebajikan ke alam semesta.

Dalam konsep hukum tarikan, kita menarik apa sahaja yang kita fokuskan samada ia positif atau negatif. Hukum alam tidak mendiskriminasi, ia hanya bertindakbalas kepada anda.

Perlu diingatkan bahawa apa yang anda fikir itu yang akan berlaku, kawal pemikiran dalam minda anda. Pemikiran adalah seperti benih dalam kebun. Anda harus menanam benih positif dalam kebun anda dan menyiramnya dengan getaran yang baik. Ini akan membawa kepada manifestasi yang lebih cepat apabila menggunakan Hukum Tarikan.

Sunday, March 11, 2012

RAHSIA BISNES ORANG CINA


Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini.

Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Hal ini turut menjadikan kaum Cina dipandang begitu tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menjalankan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi.

Apabila dikaji secara mendalam, apa yang dapat dirumuskan adalah kemahiran dalam perniagaan atau bisnes bukanlah suatu keistimewaan yang hanya boleh didapati bagi sesuatu kaum. Tetapi kemahiran tersebut sememangnya boleh dipelajari.

Pegangan Masyarakat Cina dalam Perniagaan 

Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan :

-Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
-Jimat, jika tidak akan membazir modal
-Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
-Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
-Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan   pergaduhan
-Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
-Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok

Ketujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.

Perniagaan Adalah Satu Seni

Apa yang lebih menarik lagi, masyarakat Cina turut menganggap bisnes merupakan satu seni. Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, ‘dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.’ Falsafah ini begitu popular dalam kalangan mereka. Mereka turut menyamakan perniagaan atau bisnes dengan seni kungfu yang digunakan untuk mempertahankan diri.

Mengapa? Dunia bisnes memerlukan kita untuk bersedia bagi menghadapi segala rintangan dan masalah yang tidak dijangka. Begitu juga dengan seni kungfu. Mempelajari seni kungfu adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman yang mendatang. Maka, daripada sinilah timbulnya istilah seni bisnes atau seni perniagaan bagi masyarakat Cina. Terdapat beberapa tip penting yang membahaskan tentang seni perniagaan masyarakat Cina, antaranya ialah :
  • Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.
  • Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.
Untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes, mereka selalunya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan. Bagi mereka, pelanggan yang akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang mereka selalu amalkan dalam perniagaan adalah ‘menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet.’ 

Disebabkan petua ini juga, mereka begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk menarik hati pelanggan dan menjaga pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Bagi mereka juga, dalam perniagaan perlu ada nilai-nilai kemanusiaan, elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan peniaga adalah diibaratkan seperti hamba yang berkhidmat kepada tuannya.

Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka. Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. Antara ciri-ciri tersebut adalah :

-Sabar
-Tidak mudah putus asa
-Pandai merebut peluang
-Mempunyai perhubungan awam yang baik
-Berpandangan jauh
-Berpegang pada janji
-Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan
-Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi
-Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka

Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri setiap peniaga yang ingin memastikan perniagaan mereka dapat berkembang maju. Apa yang disenaraikan ini juga adalah merupakan satu jalan yang boleh diguna pakai dalam strategi seseorang peniaga untuk menarik lebih banyak kepercayaan dan keyakinan para pelanggan terhadap bisnes yang dijalankan. Apabila pelanggan semakin ramai, maka sudah tentu untung yang lebih besar juga turut menanti.

Konsep Berniaga yang Diamalkan oleh Kaum Cina

Kaum Cina mensasarkan matlamat dan tujuan tertentu dalam perniagaan mereka. Bagi memastikan matlamat mereka tercapai, mereka akan saling bantu-mambantu antara satu sama lain khususnya sesama masyarakat Cina. Konsep perniagaan orang Cina adalah berasaskan prinsip simbiosis iaitu mereka sebagai peniaga saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Contoh, sekiranya ada peniaga Cina yang menjual barangan runcit, maka peniaga Cina yang lain akan menjual barangan basah seperti ikan, daging dan ayam serta barangan keperluan yang lain. Mereka turut bijak mengambil peluang dengan membuka restoran di kawasan tersebut dan akan mendapatkan barang-barang keperluan untuk memasak daripada kedai-kedai yang telah sedia ada di sekitar kawasan tersebut.

 Secara tidak langsung, peluang yang mereka ambil ini akan menjadikan perniagaan di kawasan tersebut berkembang kerana adanya sokongan yang kuat dalam kalangan peniaga di kawasan tersebut. Apabila hal ini terjadi, perniagaan masing-masing akan lebih mudah berkembang dan tidak mudah untuk gulung tikar.

Terdapat satu fakta menarik tentang konsep perniagaan orang Cina yang perlu kita ketahui. Suku Hailam merupakan suku terakhir yang masuk ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Apabila mereka sampai, mereka melihat banyak bidang perniagaan yang sudah diterokai oleh suku-suku Cina yang datang lebih awal.

 Maka mereka menceburkan diri dengan mengambil peluang membuka kedai kopi yang mana ketika itu belum diterokai secara meluas oleh suku-suku Cina yang lain. Mereka turut mempelbagaikan menu mereka dengan memperkenalkan roti bakar dan nasi ayam Hainan. Akhirnya, perniagaan ini kekal sehingga ke hari ini dan semakin meluas dari hari ke hari.

Dalam satu kajian terhadap sebuah buku yang bertajuk Rahsia Bisnes Orang Cina hasil karya Ann Wan Seng ada menyatakan bahawa masyarakat Cina tidak memandang rendah kepada mana-mana orang yang gagal dalam perniagaan dan mereka memandang tinggi kepada sesiapa yang hendak berusaha dan selalu memberi galakan serta peluang kepada sesiapa yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan.

Ini membuktikan, bahawa mereka langsung tidak mengenal erti putus asa dan erti kegagalan dalam bisnes yang dijalankan sebaliknya hanya memandang kehadapan tanpa menoleh lagi kebelakang. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita dapat melihat lapangan perniagaan di negara kita majoriti besar dikuasai oleh masyarakat Cina.

Tokoh Usahawan Cina di Malaysia

1.0 Robert Kuok

Di negara kita, terdapat ramai tokoh-tokoh bisnes yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina. Jumlah mereka mungkin boleh mencecah sehingga ratusan atau ribuan orang. Antara tokoh bisnes daripada kaum Cina yang terkenal di Malaysia ialah Robert Kuok merupakan seorang tokoh peniaga daripada masyarakat Cina yang lahir di Johor Bahru pada 6 Oktober 1923 dan memiliki anak seramai 8 orang. Beliau juga merupakan antara jutawan yang memiliki aset berbilion ringgit hasil daripada usaha gigihnya membangunkan perusahaan gula di Malaysia. Beliau juga turut diberi gelaran ‘Raja Gula Asia’. Beliau sangat bijak mengambil peluang kerana mampu menjana keuntungan yang besar hanya dengan menghasilkan pengeluaran gula untuk negara.

Selain itu, beliau turut menjawat jawatan sebagai Pengerusi Shangri-La Hotel dan Resort Chain. Apa yang dapat disimpulkan, beliau tidak mengecapi kejayaan seperti yang beliau miliki pada hari ini dengan mudah. Banyak pengorbanan dan modal yang perlu dikeluarkan untuk beliau membangunkan perusahaan gula sehingga boleh bertahan sampai ke hari ini. Nama beliau juga turut tersenarai antara individu terkaya di rantau Asia.

2.0 Mendiang Lim Goh Tong

Mendiang Lim Goh Tong yang merupakan seorang usahawan Tionghua terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 sehingga beliau meniggal dunia. Beliau memiliki aset berjumlah sehingga 421.60 bilion ringgit Malaysia. Beliau juga merupakan Pengasas dan Prseiden seumur hidup kumpulan Genting. Selain memiliki hotel, beliau turut mempunyai kasino yang dikunjungi 14 juta orang dalam setahun serta memiliki aset-aset mewah yang lain. Dalam satu catatan sejarah menyatakan bahawa beliau datang ke Malaysia dari Fujian China ketika berumur 19 tahun dan hanya membawa wang berjumlah RM175 sebelum berkerja dan membina syarikat sendiri iaitu Kien Huat.

Usaha gigih beliau dan idea yang kreatif telah membuatkan beliau berhasrat untuk mendirikan Genting sebagai sebuah tempat perlancongan di Malaysia. Hasilnya, Genting Highlands masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia walaupun kini beliau telah pergi selama-lamanya.

Kedua-dua tokoh ini merupakan antara contoh usahawan masyarakat Cina yang berjaya membina empayar perniagaan yang begitu berpengaruh selain membuktikan pada semua bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu melalui usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa. Sememangnya peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan Cina mempunyai taktik dan startegi tersendiri. Namun semua itu dilihat sebagai satu seni dalam perniagaan. Etika masyarakat Cina juga turut membenarkan penggunaan startegi masing-masing asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada peniaga dan pelanggan. Sebaik-baiknya biarlah strategi tersebut mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Pendek kata, peniaga-peniaga Cina mempunyai daya kreativiti yang tinggi selain bijak mencuri peluang yang ada dihadapan mata. Peluang akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memastikan keuntungan yang besar boleh dicapai dan kejayaan hanya akan diperoleh sekiranya mereka mempunyai sikap yang rajin, tekun dan tidak mudah mengalah sekiranya menghadapi kegagalan. Maka, wajar bagi msyarakat lain di negara ini untuk mencontohi sikap kaum Cina dalam usaha mereka menjalankan perniagaan.

Sumber: usahawan.com