ANNA SURIE



 Siapa Anna Surie???

Saya dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang pada 18 Jun 1979 dan diberikan nama yang sangat manis, Norsuriana Binti Abdul Rahman...(dalam bahasa lain Cahaya Matahari-KU atau dalam bahasa Jawa My Sunshine..hehehe)....Nama panggilan saya yang sinonim adalah ANNA..ada juga yang memanggil Suria dan Suriana..masa kat U, nama panggilan saya ANNASURIE kerana ramai sangat yang bernama Ana..


Sekarang saya berumur 33 tahun...telah berkahwin dengan Abdul Jamil Bin Mahmood pada 7hb Jun 2007 dan mempunyai 4 orang cahayamata (hasil dari perkahwinan suami yang lepas)....



Kini saya merupakan seorang USAHAWAN.. Saya sangat berpuashati kerana memilih bidang keusahawanan sebagai bidang kerjaya sepenuh masa saya kerana saya dapat kebebasan minda, masa dan wang....Dengan kebebasan ini saya bebas MEMILIH...syokkk!!!

Alhamdulillah..tq Allah...dengan kejayaan saya dalam bisnes yang saya jalankan sekarang...saya kini merupakan PEMBINA USAHAWAN....... Saya sangat yakin dengan ramuan ILMU + MENTOR + SISTEM dan KUASA TINDAKAN, anda semua juga boleh jadi usahawan yang berjaya...kerana sudah terbukti kejayaan saya sekarang memang berasaskan ramuan tersebut...

Sejarah hidup saya....
  Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana di sebuah kampung yang kecil...Ayah dan ibu saya hanyalah seorang penoreh getah dan petani...mereka mendidik daku dengan sangat tegas dan berdisiplin...dulu ayah seorang askar tp beliau meletak jawatan semasa ibu sedang sarat mengandungkan saya...Ayah dan ibu sangat cekal membesarkan 8 orang anak tanpa mengenal penat dan lelah...ayah pergi meninggalkan kami ketika daku mula menjejakkan kaki kesekolah menengah..akibat kegagalan fungsi hati...kecekalan ibu membesarkan kami seorang diri,membuat aku menjadi seorang yang cekal..

1

Saya mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Gual Jedok dan sekolah menengah di Sekolah Menengah Dato' Mahmud Paduka Raja (sekolah terbaik daerah)..kedua2nya terletak dalam daerah Tanah Merah...

Pada Jun 1997, saya melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM,Skudai dalam bidang KEJURUTERAAN AWAM..berjaya menamatkan pengajian pada 2002..



2
Dengan berbekalkan segulung ijazah, saya pernah memegang pelbagai jawatan di beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan...Antranya Larkin Supplies Sdn Bhd (Jurutera Sandaran & Jurutera Projek), Excel Engineering & Construction (Jurutera Tapak), Professional Theme Sdn Bhd (Resident Engineer), Majlis Amanah Raya (Kerani Tapak), GFM Sdn Bhd (Operation Executive, Civil Engineer &Technical Executive),UTM (Pegawai Penyelidik & Pembantu Perunding).

3

Pada awal tahun 2011, saya nekad untuk tak nak lagi makan gaji..Saya membuka syarikat dan perniagaan sendiri, Mysunshine Dreams...melalui syarikat ini saya menyediakan pelbagai perkhidmatan...internet biz, supplier bubble tea/milkshake/pearl, maintenance dsb..Alhamdulillah pendapatan saya agak memuaskan...lebih dari makan gaji....



4

Bila dah jadi usahawan ,saya seronok dengan FREEDOM yang saya ada....saya ingin bertukar menjadi lebih hebat dan berjaya.....Transformasi hebat berlaku..apabila saya join projek dengan SMART TYCOON ...sgt best... 



Pada bulan pertama sahaja saya berjaya menjana pendapatan RM 6000++ dan mendapat pangkat Sales Manager..Pada bulan kedua juga RM 6000++ dan naik pangkat ke Senior Sales Manger...serta mendapat tiket perlancongan 5 Star ke Vietnam...FREE!!!...

So sekarang saya bukan lg usahawan biasa....saya bakal USAHAWAN JUTAWAN!!!!!....saya hebat, saya pasti berjaya....go SURIANA go....jangan pandang belakangggg....serammmm.....pandang ke ANGKASA lepas...bebas...Terima Kasih Ya Allah dengan izinmu aku mampu bertukar menjadi yang lebih hebat..kaya dan berjaya....


Jan 2012..:)

*********************************************************

Kenapa saya menulis blog ni???

Saya menulis blog ni untuk berkongsi pengalaman hidup saya dengan pembaca...pelbagai pengalaman suka duka dalam perjalanan mengejar IMPIAN selain di wall peribadi facebook saya Anna Surie

Blog ni merupakan blog yang memuatkan entri-entri berkaitan :

1. Kisah saya, suami dan anak-anak merangkumi aktiviti kami sekeluarga, pengalaman kerja, pengalaman menjaga dan membesarkan anak-anak serta percutian di lokasi-lokasi yang menarik.

2. Perjalanan dunia bisnes saya sebagai CEO/Founder Mysunshine Dreams dan juga networking bisnes saya bersama Smart Tycoon Group termasuk coaching class,training, seminar, temujanji, pencapaian, FREE VVIP TRIP dan perkembangan bisnes sebagai leader bagi Mysunshine Dreams Team

3.  Tips2 & informasi perniagaan , motivasi, kecantikan, kesihatan, resepi, perkahwinan, kehamilan, penjagaan anak, keagamaan, rancangan televisyen, sukan, isu semasa dan lain-lain lagi.

4. Perkongsian mengenai Seminar Minda Magnet Rezeki (MMR) dan Latihan Asas Usahawan Internet (i-BEST) dan juga peluang bisnes sebagai konsultan/ pengedar/agen dropship.

5. Online Shopping di blogshop saya Mysunshine Dreams ~ Health & Beauty dan juga fanpage saya Rahsia Kembali Sihat Cantik Perawan bersama Mysunshine Dreams ~ Health & Beauty

Kebanyakan entri di dalam blog ini adalah dalam bentuk perkongsian ilmu dan pengalaman saya sendiri.

Ada kalanya saya tiada idea untuk menulis dan amat sibuk dengan kehidupan seharian,  maka blog ini akan dibiarkan begitu sahaja.  Di dalam blog ini, saya  lebih gemar membahasakan diri dengan perkataan 'saya' untuk kelihatan lebih formal.

Di sini juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan kemaafan sekiranya ada penulisan saya yang mengguris hati dan perasaan individu tertentu.  Blog ini hanyalah luahan hati dan perasaan saya sahaja. Tiada bertujuan untuk memalukan sesiapa. Blog ini  juga adalah kenangan dan sebagai ingatan saya kepada mereka yang pernah sama-sama menjalani kehidupan bersama saya.

Semoga kemunculan blog  ini akan terus mendapat sokongan dari semua pembaca tanpa mengira usia, jantina, latar belakang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Terima kasih.

Salam sayang dari saya sekeluarga...

~Anna Surie~




No comments:

Post a Comment

Komen Disini