Sunday, March 3, 2013

Tips Penjagaan Kulit Cantik



Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan.

~Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
~Minum 8 gelas air putih setiap hari.
~Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
~Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
~Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
~Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit berehat seketika.
~Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
~Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
~Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
~Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
~Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.

Diharapkan tip ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.

No comments:

Post a Comment

Komen Disini