Tuesday, July 24, 2012

KUIH ONDE-ONDE (BUAH MELAKA)



Bahan2nya; 
Tepung pulut satu peket
Tepung beras 1per3 dari tepung pulut
Bahan pewarna sedikit kasi menarik kan (air daun pandan)
Sedikit air kapur (kapur makan ok )
Kelapa muda  yang dah di parut
Jangan lupa gula Melaka atau penulis lebih sinonim dengan nama manisan





Cara2nya;
  • Masukkan tepung pulut dan tepung beras tadi, masukkan juga air kapur dan bahan pewarna. Air kapur bertujuan untuk memberikan  rasa pejal nanti tak der la kenyal sangat.
  • Gaulkan sehingga bahan tadi sebati, jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras takut nanti susah nak bentuk. Sederhana jer.
  • Bila semua dah sebati korang boleh ler bentukkan bulat (agak2 saiz duit 20sen) dan leperkan dia...
  • Lepas tu letakkan gula Melaka yang tela dipotong dadu di tengahnya...bentukkan semula menjadi bulat... 
  • Bila dah siap, panaskan air sehingga mendidih...
  • Masukkan adunan yang telah siap dibentuk kedalam air panas mendidih...tunggu sehingga ia terapung /timbul..
  • Angkat dan toskan sekejap dan golek2kan ia kedalam kelapa yang diparut tadi.

Ok sedia untuk dihidang, mudahkan

Selamat mencuba!!

AKAL!! DIA "RAJA" ATAU KITA "RAJA"???



Akal kita terpaksa "menerima" apa yang dikatakan oleh orang sekeliling kita TANPA FILTER sejak kecil lagi. Bila setiap hari kita dengar perkara yang sama, ia mencapai satu "kepercayaan" kepada akal kita untuk "menasihati" kita bertindak mengikut arahan. Masalahnya ialah lebih 80% apa yang akal nasihatkan adalah berbaur negatif melainkan kita dah "sekolahkan" dia, mendisiplinkan dia dan menguasainya. Jika kita tidak menguasainya, maka ia akan cuba untuk menjadi "Raja"kita ada atau tiada hari ini adalah mengikut tindakan kita yang diarahkan oleh akal kita! 

Akal yang menipu ialah bila ia mengikut telunjuk hawa nafsu yang tidak dikuasai atau diuruskan dengan baik serta HATI yang sepatutnya menjadi "pemerintah" pula telah lama "mati" atau tidak berfungsi dengan sebenar. 
Hidup anda banyak +ve atau -ve? Samada +ve atau -ve, kita akan nampak hasilnya bukan sahaja pada hidup kita tp juga pada kebahagiaan & ketenangan hidup kita dan tahap kewangan kita. Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah terserlah mengikut apa yang diarahkan oleh samada Akal/Nafsu atau Hati yang bersih. Mudah-mudahan hati-hati kita sentiasa merujuk dan memohon pimpinanNya!
 Amin! -DAO


Thursday, July 19, 2012

AYAM GORENG REMPAH


Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan

5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Thursday, July 5, 2012

Tuesday, July 3, 2012

Minda Magnet Rezeki


Salam Ceria....Perkongsian Cikgu Apit malam td di Smart Group Coaching mengenai The Secret sgt BessTTT dan TouChiNggg!!!

Betulkan NIAT... biar  jelas dan selari dengan MINDA dan juga TINDAKAN coz minda kita adalah magnet yang akan menarik apa yang kita fikir...Apa yang kita fikir itu yang akan jadi....Mulai hari ini kawal lah pemikiran kita kearah yang positif2 sahaja supaya otak kita menjadi magnet kebahagiaan,kesihatan,kekayaan,kejayaan dan juga keberkatan....

Lagi satu...KEEP SHARING...
the more u give the more u get....
Allah telah menjanjikan setiap 1 kebaikan akan di balas dengan 10 kebaikan....So, kita kenalah selalu berbuat baik dan berkongi kebaikan dengan orang lain supaya lebih banyak kebaikan datang kepada kita....

Ramai yang tidak tahu mengenai hukum tarikan (low of Attraction) ini.
Semua ini di ajar dalam Seminar Minda Magnet Rezeki (MMR) yang dibuat oleh mentor2 hebat Smart Tycoon Group...
Kalau di Smart Tycoon Group, mereka yang buat Pakej Istimewa boleh dapatkan 2 tiket seminar ini secara PERCUMA , yang telah menjadi konsultant untuk re-charge rm45 shj...Tapi bagi umum ,selepas diskaun...hanya RM699 seorang........ 

Jom bersama kami SEMINAR MINDA MAGNET REZEKI (MMR) DI PUSAT RAWATAN IMPIAN KAJANG,7 JULAI 8.30 PG..Untuk keterangan lanjut pm @ sms 0167966598..

HUKUM TARIKAN (LAW of ATTRACTION)


Ramai yang tidak tahu pasal Hukum Tarikan? Apakah Hukum Tarikan ni? Tarik apa? Itulah persoalan yang ada dalam minda seseorang yang tidak faham tentangnya. Hukum ini lebih dikenali sebagai Law of Attraction.

Para saintis telah membuktikan kewujudan hukum ini secara saintifik. Dan ia telah dihebahkan oleh Rhonda Byrne dalam buku dan movie ‘The Secret’ ke seluruh dunia. Rahsia hukum tarikan ini telah dibongkarkan kepada umum. Namun masih ramai lagi yang tidak tahu mengenainya dan mungkin tidak mahu ambil tahu kerana tiada kepentingan atau mungkin ianya dianggap karut. Pada hakikatnya, ia benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian kita, tidak kira di mana anda berada di atas muka bumi ini.

Hukum tarikan adalah salah satu daripada hukum alam yang sentiasa bertindak setiap masa seperti hukum graviti. Kita tidak perlu tahu dengan terperinci tentang hukum graviti di mana semua benda mempunyai berat dan ditarik ke arah pusat bumi. Begitu juga dengan hukum tarikan di mana ia bertindak hasil daripada pemikiran dan emosi/perasaan manusia. Walau apa pun, semuanya berlaku atas keizinan yang Maha Esa.

Dalam Islam, sesiapa yang berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan manakala sesiapa yang berbuat jahat, akan dibalas dengan kejahatan. Ini menunjukkan bahawa hukum tarikan bertepatan dengan ajaran Islam. Ia dapat dijelaskan lagi seperti yang termaktub di dalam Al-Quran;

“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.” –(Surah az-Zalzalah ayat 7-8)

Ayat di atas menambah keyakinan kita yang hukum tarikan wujud sejak Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Hayatilah ayat ini… kebaikan dibalas dengan kebaikan; kejahatan dibalas dengan kejahatan. Allah mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif (kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang di sekeliling kita. Akibatnya, orang di sekeliling kita ataupun alam semesta memberi pula kebaikannya kepada kita.

Allah sentiasa menggalakkan kita supaya berlumba-lumba menabur kebaikan. Allah melarang kita berbuat kekasaran dan kerosakan. Malah, kita juga perlu bersikap baik kepada orang yang berbuat jahat. Dalam setiap detik kehidupan, kita disuruh memancarkan cahaya kebaikan dan getaran kebajikan ke alam semesta.

Dalam konsep hukum tarikan, kita menarik apa sahaja yang kita fokuskan samada ia positif atau negatif. Hukum alam tidak mendiskriminasi, ia hanya bertindakbalas kepada anda.

Perlu diingatkan bahawa apa yang anda fikir itu yang akan berlaku, kawal pemikiran dalam minda anda. Pemikiran adalah seperti benih dalam kebun. Anda harus menanam benih positif dalam kebun anda dan menyiramnya dengan getaran yang baik. Ini akan membawa kepada manifestasi yang lebih cepat apabila menggunakan Hukum Tarikan.